BENGKEL PEGAWAI PERUNDANGAN BAGI PERKHIDMATAN TUDM

1 2 3
4 5

 

IPOH, 29 Okt 21 - Markas Tentera Udara Bahagian Tadbir-Cawangan Perundangan telah menganjurkan Bengkel Pegawai Perundangan bagi Perkhidmatan TUDM yang telah diadakan di Hotel Impiana, Ipoh.

Bengkel ini telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 26 Okt hingga 29 Okt 21 yang telah dirasmikan oleh Pengarah Perundangan, Kol Dr. Norazrin bin Shamsudin TUDM. Bengkel ini dilaksanakan bagi tujuan menghimpunkan semua Pegawai Perundangan TUDM dalam membuat perbincangan, mendapatkan komentar dan pandangan mengenai isu perundangan yang timbul daripada prosedur Mahkamah Tentera, pentadbiran kes tatatertib, pendakwaan dan perundangan operasi.

Selain itu, ia juga merupakan satu platform bagi pegawai perundangan untuk menghasilkan artikel perundangan bagi tujuan rujukan perundangan di masa hadapan.