SESI DIALOG KOMANDER PANGKALAN BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI PANGKALAN UDARA SUBANG

WhatsApp Image 2025 09 10 at 16.11.12 WhatsApp Image 2025 09 10 at 16.11.12 1
WhatsApp Image 2025 09 10 at 16.11.13 1 WhatsApp Image 2025 09 10 at 16.11.13

 

SUBANG, 9 Sep 25 – Bertempat di Dewan Wisma Perwira, Pangkalan Udara Subang telah diadakan sesi dialog Komander Pangkalan bersama pegawai-pegawai dari Pangkalan Udara Subang. Dialog ini adalah untuk menzahirkan aspirasi Komander Pangkalan serta amanat dengan secara terus kepada semua pegawai pangkalan.

Di dalam ucapan aluan yang disampaikan, Komander Pangkalan telah mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua atas semua kejayaan dan pencapaian yang berjaya dicapai oleh Pangkalan Udara Subang sepanjang di bawah tampuk pemerintahan beliau. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua di atas penglibatan dalam menjayakan beberapa aktiviti dan lawatan di Pangkalan Udara Subang.

Selain itu, Komander Pangkalan juga turut mengingatkan agar setiap pegawai untuk mempunyai tahap disiplin yang tinggi pada sebilang masa dan menyatakan bahawa tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku tatatertib dan pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh semua pihak.

Antara isu yang dibincangkan dalam sesi dialog termasuklah:
- 6 Tonggak PTU
- Integriti
- Kes disiplin anggota
- BMI di bawah 28.0
- Penglibatan isteri dalam aktiviti BAKAT

Sesi soal jawab berlangsung dalam suasana terbuka dan mesra. Majlis diakhiri dengan pesanan komander agar semua pegawai terus memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan pangkalan sentiasa dikekalkan dan dipertingkat, selain mengekalkan semangat esprit de corps di kalangan warga pangkalan

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN