![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 11 Sep 25 – Sekolah Kawalan Pertahanan Udara (SKPU) telah menjayakan Program Jiwa MADANI bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-68 dan Hari Malaysia yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yoke Shian, Jaya Gading, Kuantan, Pahang. Program ini melibatkan penyertaan seramai 14 jurulatih dan 61 peserta kursus SKPU yang diketuai oleh Mejar Qamarul Arifin bin Rose Bahaudin TUDM.
Program ini dianjurkan dengan matlamat untuk mengukuhkan hubungan silaturahim dan semangat perpaduan bersama warga sekolah, di samping menyemai nilai kesukarelawan serta semangat cintakan negara dalam kalangan warga TUDM dan pelajar.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya gotong-royong pembersihan kawasan sekolah, diikuti dengan tayangan montaj khas mengenai peranan dan tanggungjawab anggota TUDM dalam mempertahankan kedaulatan negara. Seterusnya, para pelajar turut menyertai Pertandingan Kuiz Kemerdekaan serta aktiviti permainan berpasukan bersama anggota TUDM, sekali gus mencetuskan suasana ceria dan penuh semangat patriotisme.
Pihak SJK (C) Yoke Shian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) atas sokongan padu, tenaga, serta dedikasi yang diberikan dalam menjayakan program ini. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar kenangan serta penyerahan cenderahati daripada kedua belah pihak sebagai tanda ingatan dan penghargaan.