KUALA LUMPUR, 21 Mac 22 – Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Pengurusan Sumber Manusia telah berlangsung di antara Kol Mohd Sam bin Mohd Yusof TUDM dengan Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM, hari ini.
Acara serah terima tugas yang diadakan di Bilik Mesyuarat Nuri, Markas Tentera Udara telah disaksikan oleh AKS Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Noor Mohamad Akmar bin Mohd Dom TUDM serta turut dihadiri pegawai dan anggota LLP dari Bahagian Sumber Manusia.
Tahniah diucapkan kepada Kol Mohd Sam bin Mohd Yusof TUDM di atas pelantikan sebagai Pengarah Markas Pemerintahan Simpanan Tentera Udara (MPSTU) dan tahniah juga diucapkan kepada Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM di atas pelantikan sebagai Pengarah Pengurusan Sumber Manusia yang baharu.