LATIHAN PRE-ACCIDENT PLAN (PAP) ON BASE BUKTI TAHAP KESIAGAAN DAN KECEKAPAN ANGGOTA PENYELAMAT PANGKALAN UDARA SUBANG.

IMG 20220318 WA0267 IMG 20220318 WA0266 IMG 20220318 WA0254
IMG 20220318 WA0245 IMG 20220318 WA0244 IMG 20220318 WA0212

 

SUBANG, 18 Mac 22 - Pangkalan Udara Subang telah berjaya melaksanakan latihan Pre-Accident Plan (PAP) On Base yang juga diberi kod nama "Ex RED DAWN".

Latihan PAP yang dikelolakan oleh Pegawai Keselamatan Pangkalan, Mej Mohd Farhan bin Hasan TUDM bersama semua Pegawai Keselamatan Skuadron ini merupakan kolaborasi bersama PS 1 Koordinasi Latihan MPOU-JKO, Lt Kol Renganathan a/l Kersenan TUDM sempena Penilaian Ujian Kompetensi dan Kesiagaan Operasi Bomba TUDM 2022 yang berlangsung dari 14 hingga 18 Mac 22.

IMG 20220318 WA0202 IMG 20220318 WA0185 IMG 20220318 WA0152
IMG 20220318 WA0146 IMG 20220318 WA0124 IMG 20220318 WA0117
IMG 20220318 WA0078 IMG 20220318 WA0072 IMG 20220318 WA0000

 

Latihan tersebut telah dilaksanakan di sekitar Engine Ground Run (EGR) Bay melibatkan pesawat Beechcraft B200T dari No 16 Skuadron. Simulasi senario kemalangan pesawat yang membawa muatan bahan letupan ini berlaku sejurus pesawat berlepas lalu mengalami kecemasan Enjin No. 2 terbakar menyebabkan pesawat terhempas.

Latihan PAP On Base kali ini telah diaktifkan sewaktu awal pagi iaitu pada jam 0630H bertujuan untuk menguji tahap kesiagaan operasi dan profesionalisma pihak yang terlibat dengan misi mencari dan menyelamat mangsa selaras dengan prosedur yang telah ditetapkan. Disamping itu, ianya juga bagi meningkatkan kecekapan semua agensi penyelamat pangkalan supaya sentiasa berada di tahap tertinggi dan optima dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.

Penglibatan sepenuhnya semasa latihan ini terdiri daripada anggota Cawangan Bomba yang diketuai oleh Mej Mohd Fazli bin Ariffin TUDM, anggota Cawangan Operasi merangkumi petugas Menara Kawalan (Air Force Ground) dan petugas BCCC, anggota TAC dari Skn 211 HANDAU dan juga anggota paramedik 819 RSAT.