KUALA LUMPUR, 11 Februari 2021 – Mej Mohd Irwan bin Asmail TUDM secara rasmi telah menyerahkan tugas sebagai Pegawai Staf 2 Sekretariat A kepada penggantinya iaitu Mej Mohamad Rizan bin Mahat TUDM yang disaksikan oleh Ketua Pengarah Sekretariat, Brig Jen Dato' Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM.
Mej Mohd Irwan bin Asmail TUDM akan menghadiri kursus Defence Services Command and Staff di Mirpur Cantonment, Bangladesh mulai 28 Feb 21 hingga 4 Mac 2022. Semoga beliau maju jaya dan cemerlang dalam kursus yang dihadiri.
Seterusnya, Ketua Pengarah Sekretariat turut menyempurnakan penyampaian Lencana Jurulatih TUDM kepada tiga pegawai Sekretariat yang layak menerima berpandukan kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh MPPLU. Pegawai berkenaan adalah Lt Kol Razali bin Hashim TUDM, Mej Mohd Irwan bin Asmail TUDM dan Mej Asrul Faizal bin Rahim Omar TUDM.