KUANTAN, 11 Feb 21 - Mej Jen Ir. Mohamad Razip bin A. Samad TUDM (AKS Kejuruteraan) telah menyempurnakan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Tim Senggaraan Barisan Kedua Pesawat EC 725AP (M55-06). Sijil penghargaan tersebut telah dianugerahkan oleh Panglima Tentera Udara kepada anggota kejuruteraan No 10 Skn yang telah berjaya melaksanakan senggaraan tersebut. Tim Senggaraan tersebut terdiri daripada dua pegawai dan 11 anggota yang diketuai oleh Lt Kol Mohd Rosli TUDM (Ketua Flait Kejuruteraan No 10 Skn).
Disamping Majlis Penghargaan tersebut, AKS Kejuruteraan turut berkesempatan bertemu dengan pegawai dan anggota kejuruteraan PU Kuantan bagi tujuan beramah mesra dan meningkat hubungan silaturahim bersama warga kejuruteraan di PU Kuantan.
Semasa sesi tersebut, beliau telah menerima taklimat kejuruteraan di No 10 Skn, Cawangan Kejuruteraan dan PLTB III. Mej Muhammad Faiser TUDM (Ketua Flait Kejuruteraan PLTB III) turut berkesempatan untuk memperkenalkan projek KIK mereka yang diberi nama (Alert Extender). AKS Kej telah berkongsi beberapa buah fikiran kepada kumpulan tersebut bagi tujuan percambahan ilmu pengetahuan.
Ketibaan AKS Kejuruteraan telah disambut oleh Pegawai Memerintah No 10 Skn, Ketua Cawangan Kejuruteraan PU Kuantan, Ketua Flait Kejuruteraan No 10 Skn dan beberapa pegawai eksekutif pangkalan.