KUALA LUMPUR, 5 Jul 21 – Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih daripada TUDM kepada Kol Hj Mat Sukri bin Hj Yunus yang telah menjalankan tugas dan amanah sebagai Pengarah Agama dan Pegawai Staf 1 (PS 1) Agama di Markas Tentera Udara (MTU) sebelum beliau bercuti dan menamatkan perkhidmatan dari ATM. Kini tugas dan amanah tersebut diserahkan kepada Mej Salahuddin bin Safeie. Serah Terima Tugas PS 1 Agama, MTU di antara Kol Hj Mat Sukri dengan Mej Salahuddin telah dilaksanakan dan disaksikan oleh Pengarah Perkhidmatan, Kol Khairudin bin Ghazaly TUDM.
Seluruh warga TUDM mengucapkan terima kasih kepada Kol Hj Mat Sukri dan selamat bertugas kepada Mej Salahuddin sebagai PS 1 Agama, MTU yang baharu serta terus membimbing dan menjalankan amanah demi kecemerlangan agama,organisasi dan negara.