PERLAKSANAAN AUDIT INSPEKTORAT TUDM KE ATAS PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

DSC 4210 DSC 4262 DSC 4231
DSC 4366 DSC 4394 DSC 4432

GONG KEDAK, 2 Julai 21 – Inspektorat TUDM telah mengadakan Audit Tahunan ke atas Pangkalan Udara Gong Kedak bermula 28 Jun hingga 2 Julai 2021.

Audit telah dimulakan dengan Taklimat Pra Audit oleh Pemangku Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Zulkifli bin Shafie TUDM yang telah dihadiri oleh Pengarah Inspektorat TUDM, Kol Tan Chee Kee TUDM, Ketua-ketua Tim Audit Inspektorat TUDM dan Pegawai Eksekutif Pangkalan Udara Gong Kedak bertempat di Bilik Mesyuarat No 12 Skuadron.

Tim audit telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu pengauditan ke atas Kesiagaan (Readiness) dan Pengurusan Bantuan, Pengurusan Keselamatan (Safety Management) dan Pengurusan Penerbangan, Kesiagaan Pengurusan bantuan termasuk melakukan pemeriksaan Pengurusan dan Teknikal Ordnan Letupan.

Pemeriksaan ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk memastikan tahap keselamatan dan kesiagaan pasukan sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan tertinggi TUDM supaya kekurangan dan kelemahan pangkalan atau unit di dalam pengauditan ini dapat dikenal pasti dan segera diperbetulkan.

Pengarah Inspektorat TUDM juga turut berkesempatan untuk melihat sendiri pengoperasian serta segala isu dan cabaran yang dihadapi skuadron dan cawangan.

Audit telah di akhiri dengan Taklimat Pasca Audit yang dihadiri Komander Pangkalan, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM di bilik mesyuarat No 12 Skn pada 2 Julai 21 yang telah disampaikan oleh Tim Inspektorat TUDM kepada pihak pangkalan berkenaan beberapa teguran dan cadangan bagi penambahbaikan yang boleh diambil di masa hadapan. Pihak pangkalan mengambil maklum berkenaan semua teguran yang diberikan dan akan mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi isu yang dibangkitkan.