SENDAYAN, 27 Ogos 21 – Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) telah mengadakan serah terima tugas Ketua Bahagian Latihan INSTAR di antara Mej Mohamad Helmy bin Mezlan TUDM dengan Mej Mohamed Adnan Fareed bin Mohamed Akbar TUDM sambil disaksikan oleh Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM di Dewan Al-Fateh INSTAR.
Selain itu, Pegawai Memerintah INSTAR turut menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada Pegawai dan anggota LLP yang akan bertukar keluar iaitu Mej Mohamad Helmy bin Mezlan TUDM bertukar keluar ke MTU-Bahagian Sumber Manusia dan PW U II Amir bin Zolkapli bertukar keluar ke Skn 211 Handau, Pangkalan Udara Subang.
Semoga anggota yang terlibat didalam pertukaran kali ini terus berjaya di masa akan datang walau dimana sahaja kita ditugaskan. Terima kasih kepada pegawai dan anggota yang bertukar keluar kerana telah menabur khidmat bakti sepanjang bertugas di INSTAR. Segala jasamu akan dikenang oleh warga INSTAR.