MINGGU KESELAMATAN MPBU

WAN 1550 WAN 1574 WAN 1636
WAN 1613 WAN 1703 WAN 1786

SUBANG, 27 Ogos 2021 - Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) telah mengadakan Minggu Keselamatan MPBU bermula dari 23 Ogos hingga 27 Ogos 2021 yang dikoordinasikan oleh Sel Keselamatan MPBU diketuai oleh Mej Johan Sutiman bin Mohamed TUDM.

Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Dato' Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menyempurnakan Perasmian dan Pembukaan Minggu Keselamatan di Auditorium Markas pada 23 Ogos 2021.

Objektif Minggu Keselamatan MPBU bagi tahun 2021 adalah untuk memupuk semangat kerjasama dalam menangani isu keselamatan, menerapkan rasa tanggungjawab terhadap isu keselamatan dan mempraktikkan pengetahuan yang diperolehi dalam kehidupan seharian.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Ceramah Keselamatan Jalan Raya-Defensive Driving/Riding, Penyampaian Vest Keselamatan, Ceramah Keselamatan Kebakaran. Turut diadakan juga Demonstrasi Cara Melakukan Daily Inspection (DI) terhadap kenderaan bermotor serta Ceramah Keselamatan Pejabat.

Penutup Minggu Keselamatan MPBU telah disempurnakan oleh Ketua Staf MPBU, Brig Jen Samir bin Abas TUDM. Diharap dengan adanya program ini, keselamatan MPBU akan sentiasa berada di tahap yang tinggi.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer