SUBANG, 25 Mac 2022 – Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) telah melaksanakan aktiviti Senamrobik bagi mengekalkan kecergasan dan meningkatkan kesihatan warga MPOU bertepatan Perintah Ulung Panglima Tentera Udara Ke-20, iaitu tonggak ke-6 kebajikan sosial dan kelestarian warga TUDM. “A healthy body give you a healthy mind. With a healthy mind you will be more productive” .
Aktiviti tersebut telah diadakan di perkarangan Bangunan MPOU disertai oleh seluruh warga MPOU dan anggota Badan Kesenian Tentera Udara (BKTU) selaku tenaga pengajar.