IPOH, 25 Mac 22 – Sempena menyambut kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak tidak lama lagi, Akademi Tentera Udara telah mengadakan Majlis Pelancaran Tabung Ihya Ramadhan 1444/2022M yang diadakan di Surau Al-Hawaiyyah, ATU.
Majlis yang disempurnakan oleh Komandan ATU, Kol Junairi bin Baharom TUDM ini diadakan bertujuan untuk memberi sumbangan kepada mereka yang dalam kesempitan dari kalangan staf, membantu golongan asnaf seperti anak-anak yatim, sekolah tahfiz dan komuniti miskin bandar yang berada di sekitar Ipoh.
Selain itu, sejumlah peruntukan daripada tabung ini akan digunakan untuk perbelanjaan bagi aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadan. Majlis tersebut dianjurkan mengikut ketetapan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan.