SEMINAR PEGAWAI WARAN SKUADRON PERINGKAT WILAYAH UDARA 2 SIRI 01/22

296453396 426622559509217 2847637651717506292 n 296556763 426622396175900 3462881272836489817 n 296596525 426622346175905 1385602880754454375 n
296726913 426622652842541 3476648401751887918 n 296754488 426622596175880 8737261185748827266 n 296836223 426622479509225 83335685270633112 n

 

KUCHING, 28 Jul 22 – Majlis Perasmian Pembukaan Seminar Pegawai Waran Skuadron Peringkat Wilayah Udara 2, Siri 1/22 telah disempurnakan oleh pemangku Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Abong anak Tibu TUDM bertempat di Wisma Bintara, Pangkalan Udara Kuching. Seminar ini julung kali diadakan dan dihadiri oleh 28 peserta terdiri daripada Pegawai Waran Skuadron/Cawangan yang berkhidmat dibawah naungan Markas Wilayah Udara 2 bermula dari 25 hingga 28 Jul 22.

Seminar ini diadakan bertujuan bagi meningkatkan lagi sifat kepimpinan yang akan membawa kepada perubahan positif kumpulan PTTK di samping dapat menambah baik kualiti sebagai pemimpin sejajar dengan saranan pucuk pimpinan melalui pengarahan Direktif PTU No. 12 Senior Non-Commissioned Officer (SNCO) Empowerment.

296848113 426622709509202 639277889433615115 n 296904279 426622529509220 7119240493005811769 n 297045892 426622286175911 1785981609399281268 n
297045892 426622286175911 1785981609399281268 n 297026440 426622872842519 2220064198138792796 n

 

Selain itu, seminar ini memberi penekanan kepada kawalan dan penguatkuasaan ditempat kerja, semasa dan di luar tempat kerja. Seminar ini juga diharapkan dapat memperkasakan PTTK yang merupakan tulang belakang kepada aktiviti barisan hadapan.

Majlis Penutup Seminar pada 28 Jul 22 telah disempurnakan oleh Ketua Staf MAWILUD 2, Brig Jen Hj Mohd Romi bin Hussein TUDM bertempat di Wisma Bintara, Pangkalan Udara Kuching.