IPOH, 27 Jul 22 - Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Hj Baharudin bin Hj Abu Hassan TUDM telah membuat lawatan kebajikan ke atas Lt Kol Juhaini binti Jaafar TUDM di Hospital KPJ, Ipoh. Turut mengiringi beliau semasa lawatan tersebut ialah Komandan Akademi Tentera Udara (ATU), Kol Junairi bin Baharom TUDM.
Lt Kol Juhaini binti Jaafar TUDM yang merupakan Ketua Cawangan Tadbir PU Gong Kedak telah dimasukkan ke Hospital KPJ, Ipoh sejak 21 Jul 22 yang lalu. Pihak hospital mengesahkan beliau mengalami gangguan pada kelenjar paratiroid. Sehingga kini keadaan beliau masih stabil dan berada dalam pemantauan doktor dari semasa ke semasa.
AKS Tadbir sempat meluangkan masa bagi melihat perkembangan terkini kesihatan serta turut menyampaikan buah tangan kepada beliau sempena lawatan tersebut. Lawatan turut disertai oleh Pegawai Bertugas ATU yang akan mengemaskini status kesihatan setiap hari. Seluruh warga TUDM mendoakan agar Lt Kol Juhaini binti Jaafar TUDM diberikan kesembuhan segera dan kekuatan dalam menempuh ujian serta kembali pulih seperti sedia kala.