![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
IPOH, 16 Julai 2025 - Majlis Penutup Seminar Pegawai Muda Materiel Siri 1/25 telah disempurnakan oleh Brig Jen Nor Azmi bin Abdul Rahman TUDM, AKS Materiel.
Seminar yang berlangsung selama 3 hari ini di Hotel Kinta Riverfront telah dihadiri oleh seramai 41 pegawai muda Cawangan Materiel dari peringkat strategik, operasional dan taktikal bertujuan sebagai medan penyampaian maklumat dan perkongsian pendapat bertujuan ke arah memperkasakan pegawai muda Materiel.
Pada seminar kali ini telah dibentangkan pelan strategik pembangunan CAP55, penemuan dan prestasi audit, pengurusan sumber manusia, tadbir urus anggota serta penstrukturan semula perjawatan TUDM. Turut dilaksanakan juga adalah sesi dialog para peserta bersama AKS Materiel. Melalui sesi dialog tersebut, AKS Materiel turut berkongsi maklumat semasa, aspirasi pengurusan tertinggi TUDM serta perancangan jangka panjang Materiel.
Semoga semua perkongsian ilmu dan idea dapat dimanfaatkan sebaiknya dan dijadikan panduan ke arah menjadi pemimpin masa hadapan Materiel.