MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUP JUNIOR OFFICER COURSE SIRI 21/25

17 8 9
10 11 12

 

SENDAYAN, 16 Jul 25 - Brig Jen Norazman bin Ismail TUDM, Ketua Staf Markas Pendidikan dan Latihan Udara telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Junior Officer Course (JOC) Siri 21/25 di Dewan Feringghi, INSKEP.

Kursus yang berlangsung selama 13 minggu ini telah bermula pada 21 Apr hingga 18 Jul 25 melibatkan seramai 30 penuntut yang berpangkat Kapt TUDM dan ke bawah daripada pelbagai ketukangan serta unit.

Objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk melatih dan mendedahkan pegawai-pegawai muda mengenai peranan, bidang tugas dan tanggungjawab pada peringkat taktikal.

Sepanjang kursus ini berlangsung, penuntut telah didedahkan dengan tujuh (7) modul latihan dan kesemua penuntut telah berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kapt Mohd Ashraf bin Idris TUDM dari No. 20 Skn yang telah dinobatkan sebagai Penuntut Terbaik Keseluruhan dan Lt Sham Hairul Haiqal bin Nor Hisham TUDM dari Skn 330 yang dinobatkan sebagai Penuntut Terbaik Akademik. Manakala bagi Anugerah Sindiket terbaik telH disandang oleh Sindiket Bravo.

Dalam ucapan penutupnya, beliau menggalakkan kepada semua peserta kursus untuk mengambil cakna dengan keadaan dan isu semasa dari dalam serta luar negara. Selain itu, beliau juga mengingatkan agar ilmu-ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan dalam tugasan di unit masing-masing.

Sekali lagi, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemua 30 penuntut yang telah berjaya menamatkan kursus ini dengan cemerlang.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN