SAFETY VISIT KE LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA PULAU PINANG

IMG 20220121 WA0003 IMG 20220121 WA0014 20220121 105445
20220121 111603 IMG 20220121 WA0009 IMG 20220121 WA0006

 

PENANG, 21 Jan 22 - Institut Teknologi Senjata dan Bahan Letupan (ITSBL), Pangkalan Udara Butterworth telah mengadakan ‘Safety Visit’ ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang merupakan salah satu aktiviti keselamatan unit bagi tahun 2022.

Lawatan ini dihadiri seramai 31 orang temasuk pegawai dan anggota ITSBL, penuntut kursus Armament Engineering Officer serta penuntut Explosive Ordnance Disposal. Terdahulu, semua yang hadir telah diberikan pendedahan berkenaan Safety Management System(SMS), site visit sekitar lapangan terbang dan demontrasi daripada Airport Fire and Rescue Service (AFRS).

Lawatan bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara dua pihak dalam memberi cambahan idea dan pendapat dalam menangani segala kejadian yang tidak diingini sekiranya berlaku semasa penerbangan.

Tambahan pula, dengan adanya lawatan ini dapat memberikan peluang kepada pihak TUDM untuk merancang Pre-Accident Plan Off Base bersama pihak Lapangan Terbang Pulau Pinang.

Di akhir lawatan, Pegawai Memerintah ITSBL, Lt Kol Mior Aminuddin bin Mior Dahalan TUDM telah menyampaikan cenderahati kepada En Mohd Nadzim bin Hashim iaitu Senior Airport Manager sebagai tanda terima kasih dan kenag-kenangan di atas kesudian menerima lawatan daripada pihak TUDM.