KUALA LUMPUR, 20 JANUARI 22 - Bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-63 yang lalu dan Sambutan Tahun Baru Cina 2022, Persatuan Buddha TUDM telah menyampaikan sumbangan kepada tiga (3) persatuan kebajikan.
Antara persatuan yang diberikan sumbangan adalah Persatuan Kebajikan OKU Hati Berganda Selangor yang terletak di Batu Caves, Persatuan Kebajikan Chen Ai OKU di Kelana Jaya serta Rumah Anak-Anak Yatim dan Rumah Warga Tua di bawah naungan Persatuan Kebajikan Ti-Ratana (Ti-Ratana Welfare Society) yang terletak di Salak South Bharu (Desa Petaling), Kuala Lumpur
Penyampaian sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Buddha TUDM, Kol Koey Tang Chai TUDM kepada setiap Pengurus Persatuan kebajikan tersebut agar ia dapat membantu meringankan beban mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Diharapkan agar lawatan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara anggota awam dan tentera serta menyemarakkan kewibawaan TUDM demi kesejahteraan masyarakat.