GONG KEDAK, 23 Dis 22 - Komander Pangkalan, Kol Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM telah merasmikan perlepasan Road Relay Interseksyen dan sekali gus merasmikan Majlis Penutup Pertandingan Sukan Antara Seksyen PU Gong Kedak bagi tahun 2022 yang dilaksanakan di Dispersel Area pangkalan.
Sebelum acara larian dimulakan, peserta telah diberikan taklimat mengenai syarat-syarat pertandingan, taklimat keselamatan dan laluan trek larian. Semua peserta kemudiannya membuat pemanasan badan sebelum memulakan larian. Seterusnya, Komander Pangkalan Kol Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM diiringi Pegawai Eksekutif Pangkalan, Lt Kol Mazlizan bin Shaikh Osman TUDM telah menyempurnakan perlepasan untuk peserta larian road relay.
Selesai acara larian, Majlis Penyampaian Hadiah juga telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan kepada pemenang bagi setiap 12 sukan yang dipertandingkan sepanjang tahun 2022. Johan setiap 12 sukan dimengangi oleh:
1. Badminton - Gabungan Cawangan Operasi/Bomba/SAR.
2. Bola Tampar - No 12 Skuadron.
3. Hoki - No 12 Skuadron.
4. Sepak Takraw - No 12 Skuadron.
5. Bola Sepak - Gabungan Skn321/Matra3/TP4.
6. Pentaque - Cawangan Kejuruteraan.
7. Ragbi - Gabungan Skn321/Matra3/TP4.
8. Tennis - Gabungan Cawangan Operasi/Bomba/SAR.
9. Ping Pong - Gabungan Kontraktor.
10. Bola Keranjang - No 12 Skuadron.
11. Futsal - Cawangan Materiel.
12. Road Relay - Gabungan Cawangan Operasi/Bomba/SAR.
No. 12 Skuadron telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan antara seksyen bagi tahun 2022 dengan kutipan mata sebanyak 47 mata. Selain itu, Komander Pangkalan turut menyampaian hadiah kepada anggota yang mewakili pangkalan dalam sukan yang dimenangi di peringkat TUDM iaitu:
1. Ragbi - Tempat ke-3 kategori Plate.
2. Ping Pong - Tempat Ke 3.
3. Bola Jaring - Tempat Ke 2.
Dalam ucapan penutup, Komander Pangkalan menyatakan, sukan merupakan tonggak ke-6 yang digariskan dalam Perintah Ulung Panglima Tentera Udara ke-20 iaitu Kebajikan Sosial dan Kelastarian Warga berkonsepkan Work Life Balance yang mana warga TUDM diberi masa dan ruang untuk bersukan dan beriadah bagi mengekalkan persekitaran kondusif yang memangkin profesionalisme warga.
Selain itu, objektif utama bagi penganjuran acara sukan ini adalah untuk memupuk budaya gaya hidup sihat dalam kalangan warga TUDM serta menjadi pendorong, pembakar semangat dan menjadi pemacu kepada semua warga untuk mencapai lebih kejayaan yang gemilang pada tahun hadapan. Selain itu, perlaksanaan pertandingan sebegini juga telah dapat mewujudkan budaya persaingan secara sihat serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara warga pangkalan.