LABUAN, 2 Apr 21 - "RMAF Recovery Day" telah berjaya dilaksanakan di Pangkalan Udara Labuan. Program yang dilaksanakan selama dua hari ini melibatkan semua peringkat pegawai dan anggota yang diketuai oleh Komander Pangkalan, Pegawai Memerintah, Ketua Cawang bagi unit masing-masing.
"RMAF Recovery Day" merupakan sebuah program pemulihan aset operasi milik TUDM seperti pesawat, kenderaan, persenjataan, tenaga kerja dan lain-lain aset-aset.
Sebagai simbolik perasmian bagi Pangkalan Udara Labuan, Komander Pangkalan, Brig Jen Nur Hafis bin Abd Karim TUDM diiringi oleh Pegawai Keselamatan Pangkalan, Mej Nurrul Nisha TUDM telah melakukan semburan air ke atas pesawat HAWK 208 bertempat di Storm Shelter No 6 Skn.
Disamping aktiviti tersebut, terdapat juga beberapa aktiviti lain yang turut dilaksanakan seperti pembersihan, penyelengaraan semula aset-aset, pemeriksaan peralatan pesawat (Tool Kit Inspection, alat ganti pesawat, AGSV dan AGSE), kemaskini dokumentasi (inventori), pemeriksaan persekitaran hangar serta kawasan kerja, mengemaskini data-data penerbangan seperti flying hours, Selective Training Record (STR), buku Log Penerbangan, penyelenggaraan aset operasi dan latihan.
Program ini dapat dilaksanakan dengan penuh jayanya dan mencapai sasaran penglibatan maksimum bagi setiap unit dan skuadron.