SUBANG, 3 Apr 21 – Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT Pangkalan Udara Subang telah diadakan di Dewan Ababil Pangkalan Udara Subang.
Majlis perasmian mesyuarat ini telah disempurnakan oleh YBhg Brig Jen Omar bin Haji Dawami TUDM, Komander Pangkalan Udara Subang. Turut menghadiri majlis perasmian tersebut adalah Pegawai-pegawai Memerintah, Ketua-ketua Cawangan dan Unit Lodger yang bernaung di bawah pemerintahan Pangkalan Udara Subang.
Turut disampaikan di dalam majlis ini adalah Sijil Penghargaan BAKAT kepada ahli-ahli BAKAT yang telah memberikan komitmen serta mengharumkan nama BAKAT PU Subang dengan mewakili BAKAT pangkalan dalam aktiviti-aktiviti anjuran BAKAT.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg Puan Normah binti Ismail selaku Pengerusi BAKAT Pangkalan Udara Subang dan dihadiri oleh ahli BAKAT seramai 300 orang (24.6%) mengikut kuota yang dikeluarkan oleh Pangkalan Udara Subang mengikut SOP yang telah ditetapkn.
Mesyuarat pada kali ini juga telah membincangkan mengenai perlantikan Ketua Biro, AJK dan AJKK bagi Penggal 2021, Pembentangan Laporan Kewangan 2020 dan Perancangan Aktiviti BAKAT 2021 serta perbincangan usul-usul daripada ahli BAKAT yang hadir.
Di akhir majlis ini telah berlangsung acara bergambar bersama semua ahli BAKAT yang telah menjayakan Mesyuarat Tahunan BAKAT PU Subang bagi Tahun 2021.