GONG KEDAK, 16 Dis 2022 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah melaksanakan Larian 10km yang disertai oleh semua peringkat pegawai dan anggota LLP. Acara larian ini bermula dari Dispersel Area, pangkalan seawal jam 7.00 pagi dan dimulakan dengan sesi pemanasan.
Seterusnya, semua peserta diberi taklimat ringkas oleh Jurulatih Jasmani Pangkalan berkaitan laluan larian dan langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan. Petugas kesihatan daripada RSAT pangkalan turut bersiap siaga bagi memberi bantuan kecemasan sekiranya perlu.
Turut hadir ialah Komander Pangkalan, Kol Ahmad Edros bin Ahmad Osman TUDM serta Pegawai-pegawai Eksekutif menyertai larian ini yang dianjurkan empat (4) kali setahun. Kesemua peserta larian berjaya menamatkan larian dalam keadaan baik dan tiada laporan kecederaan sepanjang acara dilaksanakan.
Komander Pangkalan turut berkesempatkan menyempurnakan acara penyampaian medal kepada para pemenang mengikut kategori yang dipertandingankan. Syabas dan tahniah buat seluruh warga Pangkalan Udara Gong Kedak dan diharapkan penganjuran sebegini dapat memupuk budaya sihat di kalangan warga anggota TUDM dan seterusnya boleh dijadikan contoh yang terbaik dalam memastikan kesihatan dan kecergasan anggota di tahap terbaik.