#QURAN HOURS PU KUCHING

WhatsApp Image 2022 08 30 at 45528 PM WhatsApp Image 2022 08 30 at 45623 PM WhatsApp Image 2022 08 30 at 45623 PM 1
WhatsApp Image 2022 08 30 at 45624 PM WhatsApp Image 2022 08 30 at 45624 PM 1 WhatsApp Image 2022 08 30 at 45820 PM

 

KUCHING, 30 Ogos 22 – Program Malaysia #QuranHour peringkat Pangkalan Udara Kuching telah dilaksanakan di Surau Al-Jahirah Pangkalan yang melibatkan seluruh pegawai dan anggota Muslim pangkalan.

Program Malaysia #QuranHour yang bertema Malaysia Bersujud, Keluarga Malaysia Teguh Bersama ini dianjurkan untuk mengajak seluruh individu Muslim memahami intipati Surah Al-Sajadah demi membentuk individu yang tunduk dan patuh kepada Allah SWT berdasarkan prinsip yang digariskan daripada al-Quran.

Bacaan al-Quran sempena Malaysia #QuranHour telah dipimpin oleh Kapt Mohamad Hafizzullah bin Mohd Nasir, Pegawai Agama Pangkalan. Program diakhiri dengan majlis penyampaian sijil penyertaan #QuranHour oleh Yang Dipertua Agama Islam Pangkalan Lt Kol Zulkifli bin Che Ani TUDM kepada YBhg Kol Mohammad Jafri bin Subuh TUDM, Komander Pangkalan Udara Kuching.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer