LARIAN AMBANG MERDEKA KE-65

A 598 A 670 A 683
A 693 A 725 A 805
A 1163 A 645 A 1353

 

BUKIT JALIL, 30 OGOS 2022 - Institut Latihan Pengurusan Materiel (INSMAT) TUDM Kinrara telah menganjurkan Larian RMAF 10KM Challenge bersempena Ambang Merdeka ke-65 pada tahun ini.

Larian ini diadakan di Taman Rekreasi Bukit Jalil melibatkan penyertaan Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Noor Azlan bin Mohamad Noor TUDM; Ketua Jurulatih, Mej Nik Muhammad Fariz bin Nordin TUDM, pegawai-pegawai, anggota dan peserta kursus INSMAT.

Acara dimulakan dengan sesi pemanasan badan yang diketuai oleh Jurulatih Jasmani. Pelepasan larian telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah INSMAT. Turut hadir sebagai bantuan perubatan adalah wakil daripada 819 RSAT PU Subang.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dengan Larian RMAF 10KM Challenge bersempena Ambang Merdeka ke-65.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer