PROJEK INOVASI WILD BOAR SPIKES AKADEMI TENTERA UDARA

IMG 20230309 WA0092 IMG 20230309 WA0133 IMG 20230309 WA0138
IMG 20230309 WA0103 IMG 20230309 WA0111 IMG 20230309 WA0151
IMG 20230309 WA0141 IMG 20230309 WA0142 IMG 20230309 WA0149

 

IPOH, 2 Mac 23 - Akademi Tentera Udara (ATU) menyantuni penduduk setempat dengan memberi pendedahan kepada projek inovasi yang sedang dijalankan bagi menghalau pencerobohan haiwan liar terutamanya babi hutan.

Projek hasil cetusan idea Komandan ATU, Kol Junairi bin Baharom TUDM diperkenalkan sebagai "Wild Boar Spikes" (WiBoS) ini merupakan satu penghasilan kreatif yang menggabungkan teknologi semasa sebagai salah satu usaha mengekang kemunculan haiwan perosak yang memudaratkan kawasan sekitar terutamanya sektor tanaman, ternakan serta keselamatan penduduk setempat.

Ahli "Blue Eagles" yang diketuai Mej Fadzeel bin Munir TUDM telah bersama-sama turun padang bagi memperkenalkan inovasi tersebut untuk dikomersialkan kepada orang ramai sebagai kegunaan harian; membuktikan keberkesanan penghasilan projek tersebut melalui prototaip yang diuji cuba dalam kawasan perimeter ATU.

Masyarakat setempat menyambut baik usaha ATU melalui "corporate social responsibility" (CSR) yang disumbangkan kepada orang ramai serta menghargai keprihatinan yang ditonjolkan oleh pihak akademi dalam membantu menangani masalah pekebun dan penduduk sekitar yang sering diganggu saban tahun. Semoga ancaman haiwan perosak ini dapat dibendung menerusi projek inovasi tersebut. WiBoS terbaik!