KUANTAN, 19 Okt 23 – Pusat Perkhidmatan Kejuruteraan Aerospace (PUSPEKA) terpilih bagi pemeriksaan akhir Pemenang AIPSA oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang akan disempurnakan oleh Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 28 Oktober di Pangkalan Udara Butterworth. Pengujian penerbangan dilaksanakan bersama No.10 Skuadron dengan pesawat EC725AP oleh Juruterbang Mejar Azrul TUDM dan Kapten Zafri TUDM yang dilengkapi teknologi Forward Looking Infrared (FLIR) dan dibantu oleh Kuatermaster Udara FSjn Faris.
Pengujian dilaksanakan secara in-flight berjaya dilaksanakan bagi memastikan sistem RAIN ini berfungsi dengan berkesan sebelum diuji oleh KSN di Ruang Udara Malaysia.
Pemasangan Projek RAIN di pesawat EC725AP dilaksanakan bersama anggota Kejuruteraan No. 10 Skuadron yang diketuai oleh Mejar Farid TUDM. Pengujian Projek Inovasi Negara ini dipimpin oleh Mejar Mohd Haziq Izzat TUDM serta dibantu FSjn Syaifullah dan FSjn Najmi. Ikon Inovasi Kementerian Pertahanan, Mejar Hairul Zaimy TUDM turut bersama pemeriksaan akhir projek ini bagi memastikan Kementerian Pertahanan dan TUDM bersedia dalam Pertandingan AIPSA 2023.
Seluruh Warga Kementerian Pertahanan dan TUDM akan terus memberi sokongan kepada Projek Inovasi TUDM ini dan mendapat kejayaan dalam Pertandingan AIPSA 2023 dan menjadi Projek Inovasi berimpak tinggi Negara.