KURSUS IMAM DAN BILAL PERINGKAT PANGKALAN UDARA KUCHING

1 2 3
4 5 6

 

KUCHING, 19 Okt 23 – Kursus Imam dan Bilal peringkat Pangkalan Udara Kuching telah dilaksanakan di Surau Al-Jahirah Pangkalan pada 18 dan 19 Okt 23 melibatkan seramai 36 orang peserta yang terdiri daripada pegawai, anggota LLP dan juga staf awam pangkalan.

Objektif utama bagi kursus ini adalah agar para peserta dapat mengaplikasikan secara teori dan praktikal berkaitan tatacara muazzin mengumandangkan azan dan juga tatacara mengimami solat berjemaah.

Beberapa pendedahan yang bermanfaat telah disampaikan kepada para peserta sepanjang kursus ini berlangsung. Antaranya adalah tugas serta peranan Imam dan Bilal dalam institusi masjid dan surau, teknik melaungkan azan dengan sempurna dan juga tatacara penggantian imam dalam solat berjemaah.

Para peserta amat bertuah kerana berpeluang mendengar ceramah bertajuk Peranan Imam & Bilal yang disampaikan sendiri oleh Sahibul Fadilah Dato' Haji Mustapha Kamal bin Haji Ahmad Fauzi, Imam Besar Negeri Sarawak pada slot terakhir kursus tersebut. Seterusnya Majlis Penutup Kursus Imam dan Bilal ini diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta kursus oleh Pegawai Eksekutif Pangkalan, Lt Kol Muhammad Amir bin Abdullah TUDM disusuli dengan pemberian cenderahati kepada penceramah jemputan.