GONG KEDAK, 16 Ogos 21 – Lawatan Kerja Ketua Staf Sistem (KSS) Markas Pemerintahan Bantuan Udara, Brig Jen Samir bin Abas TUDM ke Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK) bertujuan pemantauan pembaikan ke atas Alat Uji OKA-E-1 serta keupayaan pembaikan tempatan oleh Aerospace Technology System Corporation (ATSC) Sdn. Bhd. ke atas Pesawat Sukhoi SU-30MKM.
Lawatan kerja beliau dimulakan dengan sesi taklimat oleh Head of Division STC – ATSC, Lt Kol Pidrus bin Hasan TUDM (Bersara) yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat ATSC Sdn. Bhd. Selain itu juga, Ketua Staf juga melawat ke persekitaran ruang kerja seperti Engine Bay, Safety Bay, OEPrNK Bay, Radar Bay, STC Cawangan Kejuruteraan, Tyre Bay, Instrument Bay, OPTRONIC-LDP DAMOCLES Bay serta Terminal Peluru 4 bagi melihat dan permasalahan yang dihadapi di tempat kerja.
Turut serta di dalam lawatan kerja ialah Ketua Cawangan Kejuruteraan, Lt Kol Suhardi bin Mohd Daud TUDM; Ketua Cawangan Materiel, Lt Kol Rafidi Anuar bin Abu Samah TUDM ; Ketua Flait Kejuruteraan, Lt Kol Shahril Ameir bin Ani TUDM; Ketua Terminal Peluru 4, Mej Sameri bin Che Mamat TUDM serta pegawai dari Markas Pemerintahan Bantuan Udara.