MAJLIS PERASMIAN STAFF EXERCISE (STAFFEX) EKSESAIS PARADISE SIRI 8/21

DSC 7473 DSC 7652 DSC 7687
DSC 7718 DSC 7745 DSC 7801

 

SUBANG, 17 Ogos 2021 – Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), Brig Jen Mohamed Fadzil bin Ismail TUDM telah menyempurnakan Perasmian Staff Exercise (STAFFEX) Eksesais PARADISE (EP) Siri 8/21 yang turut diadakan menerusi sidang video yang melibatkan Auditorium Air Warfare Centre (AWC), Markas Wilayah Udara 1 (MAWILUD 1) dan Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2).

STAFFEX EP 8/21 merupakan medan latihan terbaik untuk pegawai staf di Markas-Markas Formasi melaksanakan proses Air Operation Planning Process (AOPP) dan seterusnya melaksanakan tindakan di peringkat selanjutnya.

Seterusnya STAFFEX EP 8/21 yang dilaksanakan diharap dapat meningkatkan tahap keupayaan modal insan yang berpengetahuan luas, berkepakaran tinggi dan membina semangat setiakawan yang kental sebagai teras utama di dalam perancangan dan pelaksanaan operasi udara yang berkesan.

Dengan mengambil kepentingan strategik ketenteraan bagi menguji serta mempertingkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan di dalam menjalankan fungsi dan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara adalah sewajarnya TUDM sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan berupaya sesuai dengan tema eksesais iaitu ‘READY AND COMPETENT’ untuk menangani dan menangkis sebarang ancaman luar dan memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin.

Terdahulu, fasa akademik telah diadakan secara sidang video pada 9 Ogos hingga 12 Ogos 21. Main Exercise Brief (MEB) kepada peserta eksesais telah pun dilaksanakan pada 16 Ogos 21 di lokasi yang sama.

Pelaksanaan STAFFEX EP siri ini buat pertama kalinya menggunakan konsep ‘safety bubble’ serta mengamalkan SOP yang ketat bagi mencegah penularan COVID-19.