PROGRAM SENAMAN PAGI PANGKALAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2023

1 2
3 4

 

KUANTAN, 13 Okt 23 – Pejabat Jasmani Pangkalan telah melaksanakan Program Senaman Pagi Pangkalan sempena Hari Sukan Negara 2023. Menyingkap sejarah permulaan Hari Sukan Negara. Program Hari Sukan Negara telah mula dilancarkan pada 10 Okt 2015 sebagai edisi pertama dan disambut secara tahunan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober. Hari Sukan Negara dianjurkan bagi merealisasikan hasrat dan aspirasi untuk menggalak pembudayaan sukan dalam kalangan rakyat. Di samping memupuk dan menyemarak semangat perpaduan melalui medium sukan.

Antara aktiviti yang diadakan pada pagi ini ialah senaman tabata dan larian sejauh (3) tiga KM. Program senaman pagi ini juga telah melibatkan seramai 25 Pegawai dan 235 Anggota LLP. Program Senaman Pagi Pangkalan ini selaras dengan aspirasi pimpinan tertinggi TUDM dalam mewujudkan kelestarian warga iaitu “Work Life Balance”.