![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
GONG KEDAK, 29 Sep 2022 - Pejabat Pendidikan Pangkalan Udara Gong Kedak telah menganjurkan program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) Tentera - Tahap 3 yang bertajuk Permata Hati Penyejuk Ayah Bonda di Dewan Serbaguna, Pangkalan Udara Gong Kedak. Program yang merupakan salah satu inisiatif di bawah Plan Strategik MINDEF (PSM) 2021-2025-Teras 3 Pelestarian Kesejahteraan Warga ATM. Malah program ini juga seiring dengan Tonggak Ke 6 Perintah Ulung Panglima Tentera Udara Ke-20 iaitu Kebajikan Sosial dan Kelestarian Warga.
Program PKK Tahap 3 yang dianjurkan pada kali ini telah memfokuskan kepada pegawai dan anggota yang mempunyai anak berumur 6 tahun ke bawah dan program ini disertai seramai 28 orang peserta. Manakala penceramah jemputan adalah Pegawai Pendidikan Akademi Tentera Udara, Mej Norhayati binti Hamzah.
![]() |
![]() |
![]() |
Sepanjang pelaksanaan program ini, semua peserta mempamerkan interaksi yang positif dan proaktif bersama demonstrasi tentang kemahiran keibubapaan yang dikongsi bersama para peserta dalam mendepani anak-anak pada awal usia. Diharapkan semua ilmu daripada perkongsian yang telah disampaikan akan menjadi asas kepada kecemerlangan pendidikan anak-anak di samping memperkukuh institusi kekeluargaan yang harmoni dan sejahtera demi meningkatkan moral dan keupayaan berbakti anggota kepada organisasi.