PUCHONG, 28 Sep 22 – Perbarisan Ketua Jurulatih Institut Latihan Pengurusan Materiel (INSMAT) TUDM Kinrara, Mej Nik Muhammad Fariz bin Nordin TUDM telah diadakan di Padang Kawad INSMAT TUDM Kinrara.
Perbarisan diketuai oleh Kapt Muhammad Iylia Islam bin Zamsari TUDM, manakala Pegawai Waran perbarisan adalah PW U II Mohd Yazid bin Md Yusof. Acara telah dimulakan dengan mengambil tabik hormat dan seterusnya pemeriksaan perbarisan oleh Ketua Jurulatih INSMAT. Dalam ucapan beliau telah menekankan dua (2) perkara iaitu berkenaan direktif Panglima Tentera Udara No. 5 iaitu Penyalahgunaan Dadah Berbahaya dan direktif PTU No. 5A iaitu Penyalahgunaan Racun Terkawal, Bahan Psikotropik & Aktiviti Menghidu Gam.
Beliau turut menyatakan kepentingan pematuhan kepada Arahan Keselamatan, Disiplin dan Sistem Regimental dalam usaha institut untuk memperkasakan TUDM supaya kedaulatan tanah air yang tercinta akan terus terjaga.