Select your language

PROGRAM OUT REACH TAKLIMAT GARIS PANDUAN BERSEPADU PENGURUSAN KES GANGGUAN SEKSUAL KEMENTERIAN PERTAHANAN (G-SPADU)

WhatsApp Image 2026 08 07 at 11.19.22 1 WhatsApp Image 2026 08 07 at 11.19.22 2 WhatsApp Image 2026 08 07 at 11.19.22 3
WhatsApp Image 2026 08 07 at 11.19.22 4 WhatsApp Image 2026 08 07 at 11.19.22 WhatsApp Image 2026 08 07 at 11.19.25
WhatsApp Image 2026 08 07 at 11.19.27 WhatsApp Image 2026 08 07 at 11.19.31 1 WhatsApp Image 2026 08 07 at 11.19.31
WhatsApp Image 2026 08 07 at 11.19.33 WhatsApp Image 2026 08 07 at 11.19.35 1 WhatsApp Image 2026 08 07 at 11.19.35
WhatsApp Image 2026 08 07 at 11.19.39 WhatsApp Image 2026 08 07 at 11.19.39 2 WhatsApp Image 2026 08 07 at 11.19.39 1

 

KUANTAN, 6 Ogos 2026 – Cawangan Perkhidmatan (Seksyen Pengurusan Psikologi) Markas Tentera Udara telah menganjurkan Taklimat Garis Panduan Bersepadu Pengurusan Kes Gangguan Seksual Kementerian Pertahanan yang berlangsung di Dewan Sri Angkasa.

Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Staf 1 Psikologi Markas Tentera Udara, Lt Kol Zul Izuddin bin Ismail TUDM. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman warga TUDM serta penjawat awam mengenai definisi dan bentuk perlakuan gangguan seksual, mekanisme pengurusan aduan, kesan terhadap individu serta organisasi, di samping langkah-langkah pencegahan yang boleh dilaksanakan.

Penganjuran taklimat ini merupakan inisiatif berterusan dalam memperkukuh kesedaran seluruh warga organisasi terhadap kepentingan mewujudkan persekitaran kerja yang bebas daripada sebarang bentuk gangguan seksual. Ia juga memberi penekanan terhadap tanggungjawab setiap warga untuk menghormati hak individu, mengamalkan etika kerja yang tinggi serta bertindak mengikut saluran yang telah ditetapkan sekiranya berlaku sebarang insiden.

Selain memberi penerangan mengenai prosedur pengendalian aduan, taklimat turut menjelaskan peranan semua pihak dalam memastikan setiap aduan ditangani secara profesional, adil dan berlandaskan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pertahanan.

Garis Panduan Bersepadu Pengurusan Kes Gangguan Seksual bukan sekadar menjadi dokumen rujukan, malah mencerminkan komitmen berterusan organisasi dalam membudayakan nilai integriti, profesionalisme dan saling menghormati.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN