![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUCHING, 7 Ogos 26 – Pangkalan Udara Kuching telah menjayakan perlawanan Akhir Bola Sepak dan Majlis Pembukaan Mini Olimpik Pangkalan Udara Kuching Tahun 2026 yang berlangsung di Stadium Terbuka Kota Samarahan.
Mini Olimpik Pangkalan akan dilaksanakan bermula 7 Ogos 26 sehingga 30 Okt 26. Antara sukan yang akan dipertandingkan dalam Mini Olimpik Pangkalan adalah sukan Sepak Takraw, Bola Sepak, Petanque, Squash, Ping Pong, Badminton, Bola Keranjang, Bowling, Hoki, Bola Tampar, Futsal dan Olahraga.
Pertandingan ini akan dilaksanakan dengan format berpasukan dan telah ditandingi oleh gabungan setiap skuadron dan cawangan di Pangkalan Udara Kuching. Terdapat lima gabungan skuadron dan cawangan yang menyertai pertandingan iaitu No 1 Skn, Skn 330 TUDM, Cwgn Kejuruteraan/Cwgn Bomba/Det No 3 Skuadron, Cwgn Materiel/Cwgn Operasi dan Skn 215 HANDAU/Cwgn Tadbir/Tadbir Awam.
Majlis Pembukaan Mini Olimpik ini dimulakan dengan perbarisan perarakan masuk oleh setiap gabungan. Majlis seterusnya diteruskan dengan gimik perasmian oleh Kol Simanchalam a/l Letchumanan TUDM, Pemangku Komander Pangkalan Udara Kuching. Johan bagi Pertandingan Akhir Bola Sepak Mini Olimpik Pangkalan pada tahun ini telah dirangkul oleh Skn 330 TUDM. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pemangku Komander Pangkalan Udara Kuching.
Mini Olimpik Pangkalan ini bukan sekadar pertandingan, tetapi merupakan satu platform penting untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan yang dipertandingkan serta mengukuhkan hubungan antara skuadron dan cawangan. Semangat juang tinggi, disiplin dan daya kerjasama yang dipamerkan para pemain bagi sukan yang dipertandingkan mencerminkan falsafah TUDM dalam mengangkat sukan sebahagian daripada budaya organisasi sepertimana tonggak keenam Perintah Ulung Panglima Tentera Udara iaitu “Melestarikan Warga Udara”.















