ALOR SETAR, 30 April 21 - Kolej Tentera Udara telah mengadakan satu program memasak serta pengagihan bubur lambuk untuk warga KTU bertempat di Surau Al Iman, KTU. Semua pegawai Eksekutif, Pegawai-pegawai serta anggota LLP telah hadir bagi mengimarahkan lagi program yang diadakan setahun sekali di KTU sempena bulan Ramadan yang mulia ini dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Komandan Kolej Tentera Udara, Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM.
Dalam pada itu,di dalam surau al Iman turut berlangsung sesi ceramah sempena hari Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Tuan Syeikh Mohd Ikmal Hafif bin Azmi. Beliau merupakan seorang Penolong Pengarah Bahagian Dakwah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.
Pada akhir program, Komandan KTU, Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM telah menyampaikan cenderahati kepada penceramah serta merasmikan pengagihan bubur lambuk kepada pegawai-pegawai memerintah unit dan warga KTU diiringi oleh Pegawai Eksekutif Kolej, Kol Rizam bin Ibrahim TUDM.