KUANTAN, 26 Jan 24 - Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah melaksanakan Ceramah Integriti dalam Pengurusan Kewangan bertempat di Dewan Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat. Majlis dihadiri oleh peserta kursus serta barisan staf INSPRA dengan kekuatan seramai 122 orang.
Sel Integriti dan Antidadah INSPRA telah menjemput seorang penceramah dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK) Megeri Pahang, Encik Wan Mohd Saifudin bin Wan Ibrahim yang menyampaikan ceramah mengenai Pengurusan Kewangan yang Berhemah dan Bidang Kepakaran AKPK.
Selain itu, penceramah turut berkongsi pengalaman-pengalaman yang signifikan sepanjang bertugas bagi menekankan faktor dan kesan pengurusan kewangan yang tidak teratur dan bahaya terjerumus ke dalam perangkap hutang.
Setelah selesai sesi ceramah, sesi penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh Pegawai Latihan INSPRA, Mej Ahmad Izwan bin Che Ahmad TUDM kepada wakil penceramah AKPK. Semoga dengan ilmu yang telah dipelajari sepanjang ceramah tersebut dapat mengukuhkan pengetahuan peserta kursus dan staf agar merancang kewangan dan berusaha supaya hidup dalam keadaan yang bahagia dan bebas hutang.