PROGRAM KECERGASAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT INSMAT

A 169 DSC 0021 DSC 0032
DSC 0079 DSC 0088 DSC 0089

 

KINRARA, 7 Okt 22 - Bertempat di Padang Kawad, INSMAT TUDM Kinrara telah berlangsung Program Kecergasan Sempena Hari Sukan Negara Peringkat INSMAT bagi tahun 2022. Program yang diadakan telah dihadiri oleh pegawai-pegawai, pegawai waran-pegawai waran, staf INSMAT serta peserta-peserta kursus yang telah dianjurkan oleh Cawang Jasmani INSMAT.

Program Hari Sukan Negara Peringkat INSMAT ini juga turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Noor Azlan bin Mohamad Noor TUDM dan Ketua Jurulatih, Mej Nik Muhammad Fariz bin Nordin TUDM.

DSC 0102 DSC 0106 DSC 0127

 

Program Kecergasan yang dilaksanakan sempena Hari Sukan Negara adalah Tabata dan Circiut Training, terdiri daripada latihan interval yang berintensiti tinggi atau dikenali sebagai HIIT (High Intensity Interval Training) yang sangat cepat dan efektif untuk meningkatkan kadar metabolisme badan serta membantu untuk mencapai sasaran kecergasan anggota.

Pegawai Memerintah INSMAT turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program Hari Sukan Negara Peringkat INSMAT Tahun 2022.
“Majulah Sukan Untuk INSMAT” dan “Selamat Maju Jaya”.