AKTIVITI SUKAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA (HSN) ANJURAN PANGKALAN UDARA KUANTAN

DSC 0870 DSC 0874 DSC 0884
DSC 0893 DSC 0909 DSC 0948

 

KUANTAN, 7 Okt 22 – Bulan Oktober merupakan Bulan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Belia dan Sukan sebagai bulan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) yang akan disambut pada setiap tahun. Hari sukan Negara pada kali ini telah ditetapkan untuk dilaksanakan pada 7,8 atau 9 Oktober 2022.

Selaras dengan arahan perlaksanaan Hari Sukan Negara, pihak Pangkalan Udara Kuantan telah mengambil inisiatif menganjurkan beberapa aktiviti kejohanan sukan dan aktiviti kecergasan/ latihan jasmani. Antara aktiviti yang adakan adalah kejohanan sepak takraw, kejohanan Skuasy, perlawanan Pingpong, aktiviti senamrobik dan berjalan 10,000 langkah.

DSC 4142 DSC 4153 DSC 4175
DSC 4183 DSC 4401 DSC 4495
DSC 4646 DSC 4652 DSC 4699

 

HSN dilaksanakan bertujuan meningkatkan kesedaran dikalangan anggota tentera bahawa bersukan merupakan aktiviti yang penting untuk mewujudkan anggota yang cergas dan aktif. Bersukan juga merupakan salah satu aktiviti yang memerlukan semangat kerjasama dalam satu kumpulan serta mengeratkan hubungan sesame anggota di dalam ATM.

Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM; KS Mawilud, Brig Jen Dato’ Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM yang juga merupakan Penaung Persatuan Skuasy TUDM dan Komander Pangkalan Udara Kuantan Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM turut menyertai penganjuran HSN pada kali ini.

DSC 4718 DSC 4727 DSC 4782
DSC 4797 DSC 4803 DSC 4812