![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
GONG KEDAK, 27 Sep 24 - Pangkalan Udara Gong Kedak telah melaksanakan Program Jiwa Murni di bawah Civil-Military Cooperation (CIMIC) Peringkat Pangkalan yang diadakan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubang Depu/Jebak Puyuh, Jerteh.
Gotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubang Depu/Jebak Puyuh ini melibatkan seramai 30 orang Pegawai, 120 orang anggota Lain-lain Pangkat dan 40 orang penduduk setempat Kampung Kubang Depu dan Kampung Jebak Puyuh. Turut hadir bersama menjayakan program ini adalah Komander Pangkalan Udara Gong Kedak, Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM, barisan Eksekutif Pangkalan, Penghulu dan Pengerusi Masjid Kampung Depu.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Program Jiwa Murni ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Pihak pangkalan mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk dan kariah Kampung Kubang Depu/Jebak Puyuh kerana sudi menerima kehadiran warga pangkalan dan turut serta menjayakan program yang telah dirancang.
Diharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan semoga dapat memupuk semangat kerjasama seterusnya membina hubungan silaturrahim lebih erat di kalangan warga PU Gong Kedak dengan penduduk setempat. Selain itu, semoga objektif program ini dapat dicapai dalam meningkatkan nilai-nilai kerohanian dan membentuk sahsiah diri yang unggul dalam diri warga PUGk.