CERAMAH PERDANA PERINGKAT PANGKALAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

073e0238 3877 47cd 88f0 b47a0809f2b9 2f56b012 2159 4d65 83b8 d31d04501940 8d198553 0d0f 45b6 84aa a282948aa80e
706d81ab a52b 45ca a303 5818f306c4ab 3860bb51 b264 45ff bbc8 26dcba0c0ab9 974634a8 32eb 4338 99bf bf08b4be2295
aa351883 6304 4253 afe8 675a8f1f90e7 c0dbd1c7 9f94 451f b51f 26246b862e6c c4e67919 4eb0 4b7b b14f be22d9be9c36
c75358d8 9df7 4a6f b86a 740e6e92a63f d6047d9f 3963 49ce 8e8f c19754868b08 f6febf6b ced8 43f3 ad28 9ef32cfddfdc

 

GONG KEDAK, 26 Sep 24 - Pangkalan Udara Gong Kedak telah menganjurkan Program Ceramah Keagamaan peringkat pangkalan yang bertempat di Masjid Ar-Raudhah, PU Gong Kedak. Penceramah jemputan adalah Tuan Guru Abu Aswad bin Zakaria Al-Kubra yang merupakan Ketua Pengarah Eksekutif Yayasan Rahmah Al-Mustafa (YRAM).

Program ini merupakan salah satu initiatif program keagamaan yang turut melibatkan kehadiran kariah setempat di bawah program Civil Military Cooperation (CIMIC). Program yang dihadiri seramai 390 warga PUGK dan 300 penduduk awam setempat. Program dimulakan dengan Solat Fardu Maghrib, qasidah dan selawat berjemaah. Acara diteruskan dengan ceramah agama yang membawa tajuk 'Tanda Kecintaan Kepada Junjungan Rasul SAW' bersempena sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 2024M/1446H. Komander Pangkalan, Kol Mohd Norazan bin Othman dan barisan Eksekutif Pangkalan PUGK turut hadir bagi mendengar ceramah.

Semoga dengan perlaksaan program ini dapat menggerakkan semangat dan menyemai cinta serta rindu yang sejati kepada Rasulullah SAW. Ini kerana jika kita sentiasa ingat kepada Rasulullah SAW, kemuliaan itu akan kembali kepada kita sendiri kerana Baginda sebenarnya sudah dimuliakan, dicintai dan dirindui Allah SWT. Cinta kepada Rasul SAW adalah cabang cinta kepada Allah SWT seperti mana firman-Nya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”-(Surah ali-Imran ayat 31). Terima kasih kepada semua yang terlibat didalam menjayakan program ini.