PROGRAM JIWA MURNI PANGKALAN UDARA KUCHING DI TAMAN BOULDER BUILT

0eb61200 b1b1 4b87 8e1d 0b29ccccf21a 04740e25 8c16 4304 9e59 48d2a721cb99 4b109a1f f03a 48e8 ab91 5683072d968e
5f3617f0 e632 4a65 9fbe f8b7643c9f27 70fb435d a2ad 4f21 813d 685b0e728fdd 838a0f76 c806 4723 93e7 a121c8973993
9d6ff070 e47b 4117 8a10 9ef718eaf18e 9058cbd9 3359 41bd b2f5 e73fbf9492ba fc70115f ae93 46ba 9a0b 2efeb5e0fcde


KUCHING, 9 Dis 23 – Pangkalan Udara Kuching telah melaksanakan Program Jiwa Murni melibatkan seramai 150 anggota dan dibantu oleh 50 orang penduduk setempat yang diadakan di Taman Boulder Built, Jalan Stephan Yong, Kuching. Objektif program ini dilaksanakan bertujuan untuk memupuk budaya semangat prihatin dan tolong-menolong serta dapat disematkan sebagai rutin dalam hidup bermasyarakat.

Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pembersihan di sekitar kawasan Taman Boulder Built dengan memfokuskan pembersihan pokok dan rumput yang tumbuh meliar di beberapa kawasan dan unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) yang kini dalam proses pelupusan. Hal ini dapat membantu mengurangkan habitat haiwan berbisa yang mampu memberi ancaman keselamatan kepada penduduk setempat.

Program ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato Ir. Lo Khere Chiang, ADUN N.13 Batu Kitang yang menyokong penuh program ini dilaksanakan dan hadir untuk menyantuni penduduk setempat. Di akhir program, penyampaian cenderahati telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Udara Kuching, Kol Baharin bin Mohamad TUDM kepada Ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Encik Dalie anak Tegalan yang turut disaksikan oleh YB ADUN N.13 Batu Kitang, Pegawai Memerintah dan Ketua Skuadron/Cawangan.

Semoga program yang bermanfaat ni dapat diteruskan pada masa akan datang dan secara tidak langsung hubungan perpaduan dan kerjasama dua hala dapat dibentuk di antara komuniti bersama pihak pangkalan.