![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
IPOH, 13 Dis 23 – Perbarisan Bulanan Komandan Akademi Tentera Udara telah diadakan di Padang Kawad A yang terdiri daripada lima (5) pegawai dan 106 anggota LLP. Perbarisan ini diketuai oleh Mej Mohd Muqlis bin Badrul Hisham TUDM manakala ajutan perbarisan ialah Kapt Angelin P. Saibon Sambion PSSTUDM. Kol Rafiddee bin Dollah TUDM mengambil tabik hormat selaku Komandan Akademi Tentera Udara pada perbarisan tersebut.
Di samping itu juga, upacara pemakaian pangkat turut diadakan semasa perbarisan berlangsung. Pada masa yang sama, Komandan menzahirkan penghargaan kepada warga ATU kerana berjaya mengekalkan kejuaraan bagi kategori 'Best Quarters of The Year' (BQTY) untuk tahun 2023.
Dalam ucapan beliau, Komandan menyampaikan amanat kepada warga akademi agar terus mengekalkan tahap disiplin dan sahsiah diri yang tinggi serta meneruskan budaya kerja yang cemerlang sebilang masa. Beliau turut menekankan garis panduan budaya kerja yang perlu diamalkan oleh setiap warga ATU dengan memberi penekanan kepada Nilai Teras TUDM. Selain itu, beliau memberi pemakluman dan info mengenai rancangan pembangunan TUDM yang disasarkan dalam CAP 55.
Warga Akademi Tentera Udara mengucapkan tahniah kepada anggota yang dinaikkan pangkat. Semoga dengan pangkat dan kepercayaan yang diberikan dapat membantu memacu kecemerlangan akademi selaras dengan moto akademi, Cergas Berdisiplin.