ALOR SETAR, 5 Jul 22 - Kolej Tentera Udara telah mengadakan Program Jiwa Murni dengan acara gotong-royong bersama ahli qariah Masjid Al Kauthar. Program tersebut diketuai oleh Pegawai Agama Kanan Kolej Mej Hashim Bin Abdul Rahman dibantu oleh Pegawai Waran Kolej PW U I Mohd Shahril Bin Mohd Salleh
Turut hadir dalam program tersebut Lt Kol Marina binti Haron Ketua Cawangan Tadbir dan Pengerusi Masjid Al Kauthar Tn. Haji Ishak Bin Zulkifli Merangkap Imam 1 Masjid Al Kauthar serta Ajk-ajk Masjid Al Kauthar. Beliau memberi sedikit taklimat dan dorongan kepada Peserta Program Jiwa Murni sebelum program dimulakan.
Seramai 30 orang anggota dari Kolej Tentera Udara yang terdiri daripada Cawangan Tadbir, Institut Teknologi Aerospace (ITAS) dan Cawangan Materiel yang terlibat dalam menjayakan Program tersebut.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada Masjid Al Kauthar kepada Kolej Tentera Udara.