PERASMIAN MAJLIS PENUTUP COMMAND POST EXERCISE, EKSESAIS AIR THAMAL 30/22 (CPX AT 30/22)

2 3 4
5 6 7

 

SUBANG, 5 Julai 2022 – Perasmian Majlis Penutup Command Post Exercise, Eksesais Air THAMAL 30/22 (CPX AT 30/22) telah sempurnakan oleh Pengarah Eksesais Bersama (CO-EXDIR) kedua-dua negara, iaitu Group Captain Watcharapol Nualpenyai RTAF dan Kol Razali bin Ahmad Jumali TUDM. Majlis tersebut telah diadakan di Auditorium Air Warfare Centre (AWC), Pangkalan Udara Subang.

Dalam eksesais pada kali ini, tiga (3) objektif utama telah dapat dicapai iaitu untuk meningkatkan hubungan bilateral antara TUDM dan RTAF di peringkat operasi dan taktikal, mempertingkat serta menilai kecekapan anggota TUDM dan RTAF dalam proses perancangan udara dan untuk meningkatkan pemahaman tentang proses dan prosedur dalam operasi udara bersama.

8

Esksesais ini merupakan eksesais yang dikendalikan oleh TUDM sebagai penganjur setelah ianya tertangguh berikutan pandemik Covid-19. Melalui eksesais ini, hubungan kerjasama pertahanan di antara Malaysia dan Thailand sentiasa diperkasa dan diperkukuhkan.