PROGRAM JIWA MURNI DAN MOTIVASI PELAJAR SEKOLAH ANJURAN PANGKALAN UDARA GONG KEDAK BERSAMA PALAPES UnisZA TAHUN 2025

1 2 3 4
5 6 7 8

 

GONG KEDAK, 25 Julai 2025 – Pangkalan Udara Gong Kedak (PU GK) telah menganjurkan Program Jiwa Murni dan Motivasi Pelajar Sekolah Secara Kerjasama Pangkalan Udara Gong Kedak dan PALAPES UnisZA Tahun 2025 bertempat di SK Kampung Baharu, Besut, Terengganu.

Seramai 100 orang pelajar dari SK Kampung Baharu dan 81 Pegawai Kadet PALAPES UniSZA terlibat dalam program ini. Ia dilaksanakan bagi memupuk semangat kesukarelawanan, menyemai nilai patriotisme dan memberi motivasi kepada pelajar sekolah di samping mengeratkan hubungan antara TUDM, institusi pengajian tinggi dan komuniti setempat.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program berlangsung seperti aktiviti gotong-royong menceriakan kawasan sekolah, ceramah motivasi dan aktiviti team building bagi meningkatkan semangat, keyakinan diri, kerjasama dan nilai murni dalam kalangan pelajar. Selain itu , turut diadakan sesi pengenalan dan promosi Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara (MPSTU) bagi memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai peranan, fungsi dan peluang yang ditawarkan dalam pasukan simpanan TUDM.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh wakil Komander Pangkalan, YBhg Lt Kol Ir. Ts. Mizi bin Hussin TUDM. Turut hadir ialah Pegawai Eksekutif pangkalan, Guru Besar SK Kampung Baharu, Guru-guru Penolong Kanan dan Ketua Jurulatih PALAPES UniSZA.

Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang positif daripada semua pihak. Para peserta meluahkan rasa gembira dan teruja dengan ilmu serta pengalaman yang diperoleh, manakala pihak sekolah dan pihak PALAPES UniSZA menyatakan harapan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN