![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 24 Julai 2025 - Sekolah Kawalan Pertahanan Udara (SKPU), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup bagi Trade Instructor Course - Air Defence (TIC-AD) Siri 13/25 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat (SBM). Majlis telah disempurnakan oleh Pemangku Komandan INSPRA, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM dan diiringi oleh Pemangku Ketua Sekolah KPU, Mej Mohamad Suffian bin Hj Jamel TUDM. Majlis juga turut dihadiri oleh Ketua Sekolah dan bahagian serta Pegawai Waran - Pegawai Waran dan barisan Jurulatih INSPRA.
TIC-AD Siri 13/25 telah berlangsung dengan jayanya selama 4 minggu bermula 30 Jun 25 hingga 25 Jul 25 ini terdiri daripada 2 Pegawai dan 5 PTTK telah berjaya menamatkan kursus. Objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk melatih pegawai dan anggota dari tred Kawal & Lapor (K&L) serta Juruteknik Pengawasan Udara (JPU) untuk menjalankan tugas sebagai jurulatih tred yang berkelayakan.
Di dalam ucapan, Pemangku Komandan menyeru agar semua peserta kursus sentiasa meningkatkan tahap pemikiran, menambah ilmu pengetahuan dan mengaplikasikan apa yang telah dipelajari semasa kursus agar dapat mengekalkan kompetensi diri serta dapat mendidik pegawai dan anggota di unit masing-masing.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua.