PROGRAM IKRAR BEBAS RASUAH DAN CERAMAH KESEDARAN KESELAMATAN MEDIA SOSIAL WARGA TUDM DI PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

GONG KEDAK, 24 Januari 2025 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah dan Ceramah Kesedaran Keselamatan Media Sosial Warga TUDM yang diadakan di Dewan Puteri, Pangkalan Udara Gong Kedak yang melibatkan 55 orang pegawai dan 290 anggota PUGK. Program ceramah kesedaran keselamatan media sosial ini adalah koordinasi Bersama Sel Risik Pangkalan dan MTU - Bahagian Perisikan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua warga pangkalan tentang peraturan dan isu-isu melibatkan penggunaan media sosial di kalangan anggota TUDM.

Program dimulakan dengan bacaan Ikrar Bebas Rasuah yang telah diketuai oleh Pegawai Integriti No 12 Skn, Lt Nur Fazlihi bin Hasnor TUDM yang mengambarkan warga Pangkalan sentiasa mengamalkan budaya berintegriti dan benci rasuah. Selepas acara Ikrar Bebas Rasuah, Pegawai STAF 2 Media Maya, Bahagian Perisikan dari Markas Tentera Udara, Mej Ts. Luqman Hakim bin Ibrahim TUDM telah menyampaikan ceramah kesedaran keselamatan media sosial yang menyentuh mengenai tatacara dan isu-isu salah laku dalam penggunaan sosial media kalangan penjawat awam terutamanya anggota tentera. Kempen kesedaran ini amat penting agar semua anggota memahami tentang kepentingan menjaga kerahsiaan aset dan tidak secara tidak sengaja memuat turun maklumat yang boleh digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta boleh menjejaskan keselamatan negara.

Semoga dengan ceramah kesedaran ini, warga PUGK akan sentiasa peka dan faham peraturan penggunaan media sosial serta tidak sewenang-wenangnya memuat perkara-perkara berkaitan dengan ATM tanpa kebenaran. Terima kasih kepada wakil daripada MTU-Bahagian Perisikan kerana membantu pihak pangkalan di dalam memberi kesedaran tatacara betul penggunaan media semasa.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer