LAWATAN KERJA PENGARAH INSPEKTORAT JENERAL MALAYSIAN DEFENCE INTELLIGENCE ORGANISATION KE PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

1 2
3 4

 

GONG KEDAK, 25 Januari 2025 – Inspektor Jeneral MDIO, Brig Jen Dzeidee Schaff telah mengadakan Lawatan Kerja sempena Audit Pengurusan Malaysian Defence Intelligence Organisation bagi tahun 2025 zon pantai timur di Detasmen Keselamatan Medan (DKM) Gong Kedak bertempat di Pangkalan Udara Gong Kedak, Terengganu.

Ketibaan Inspektor Jeneral MDIO dan delegasi telah disambut oleh Ketua Cawangan Tadbir PUGK, Lt Kol Ts. Mizi bin Hussin TUDM mewakili Komander Pangkalan dan Eksekutif Pangkalan di Foyer Markas PU GK.

Lawatan ini bertujuan untuk membuat audit dokumentasi di Pej DKM dan mendapat maklumat keberkesanan fungsi DKM bagi membantu pihak pangkalan. Selepas taklimat oleh DKM PUGK, Inspektor Jeneral MDIO melaksanakan kunjungan hormat kepada Ketua Cawangan Tadbir bagi membincangkan hal pentadbiran dan peranan DKM PUGK.

Semoga dengan lawatan ini akan meningkatkan kerjasama dan peranan DKM bagi membantu pihak pangkalan dalam aspek-aspek berkaitan penjagaan keselamatan pangkalan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer