PROGRAM GOTONG-ROYONG MADANI ABC SEKOLAH RENDAH TANJUNG DENGAN KERJASAMA MAWILUD 2 DAN PANGKALAN UDARA LABUAN

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

LABUAN, 12 Ogos 23 - Satu program gotong-royong telah diadakan di Sekolah Rendah Tanjung Wilayah Persekutuan Labuan. Program ini melibatkan seramai 9 orang anggota dari MAWILUD 2 dan 11 orang anggota daripada Pangkalan Udara Labuan. Antara aktitivi yang dianjurkan adalah program gotong-royong yang melibatkan aktiviti mengecat lantai, mengecat pembahagi jalan serta memperbaiki kemudahan seperti kerusi kantin sekolah.

Objektif utama program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan dan keberkesanan pengurusan serta pentadbiran TUDM bersama pihak sekolah. Ianya juga adalah bertujuan untuk bertukar-tukar idea, pengalaman, kreativiti dan inovasi dalam pelbagai bidang.